Lanjutan corak penurunan awal minggu di carta pasangan mata wang GBP/USD tidak berlaku pada dagangan Selasa semalam menyaksikan harga masih kekal bertahan.
Pengukuhan US dolar yang dipaparkan pada Isnin kembali suram namun masih menunjukkan pergerakan stabil berbanding kebanyakan mata wang utama lain.
Pound sedikit meningkat selepas kejatuhan harga yang dilihat mencecah sekitar 1.26200 sebelum semalam kembali menghampiri paras 1.27000.
Namun begitu, paras tersebut menjadi rintangan buat harga melihatkan harga gagal menembusinya ketika diuji pada sesi Eropah dan sesi New York.
Melanjutkan dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu), harga susut ke sekitar 1.26600 dan mula memberikan isyarat bearish dengan pergerakan di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Jika penurunan lebih rendah dilanjutkan pada sesi-sesi berikutnya, tumpuan adalah pada zon 1.26000 yang dijangka akan memaparkan reaksi menarik harga.
Tembus lebih rendah ke bawah, harga bakal mencecah semula ke zon support pada minggu sebelum ini sekitar 1.25000.
Namun sekiranya harga berjaya membuat lonjakan semula, rintangan 1.27000 sekali lagi akan diuji untuk cuba dilepasi.
Kenaikan lebih tinggi akan mendorong harga catatkan ketinggian terbaru 3 minggu ke sasaran 1.28000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.