Setelah dinanti-nantikan dari minggu lepas, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD akhirnya dilihat berjaya membuat lonjakan untuk keluar dari zon mendatar sebelum ini.
Situasi kenaikan harga adalah didorong oleh penyusutan US dolar berikutan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) terbaru yang diterbitkan di sesi New York semalam hadir dengan bacaan yang agak merosot.
Data pekerjaan swasta catat pertambahan yang lemah dan tinjauan ISM bagi sektor perkhidmatan AS pada bulan Jun telah menunjukkan penguncupan ketara sejak April 2020.
Risiko terhadap ekonomi AS yang semakin meningkat itu mendorong US dolar melemah, namun situasi sedikit pulih buat raja mata wang itu apabila minit mesyuarat FOMC diteliti.
Jika diperhatikan pada carta GBP/USD, harga telah melonjak melepasi rintangan kental 1.27000 yang telah menghalang kenaikan harga sejak minggu lalu lagi.
Paras ketinggian terbaru dicapai sekitar 1.27700 sebelum pergerakan mula berundur sedikit dan perlahan sehingga menyambung ke pembukaan sesi Asia pagi ini (Khamis).
Pergerakan harga menunjukkan isyarat bullish yang bakal diteruskan dengan harga juga terus berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Dengan momentum yang dipaparkan, kenaikan harga dijangka untuk diteruskan lagi menuju pula zon sekitar 1.28000 sebagai sasaran seterusnya.
Namun jika situasi berubah dengan pengukuhan US dolar, harga bakal ditekan jatuh semula.
Tumpuan akan kembali terarah pada paras 1.27000 yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) harga yang bakal diuji.
Reaksi harga di sekitar itu akan memberi petunjuk bagi arah pergerakan harga selanjutnya sama ada susut semula ke zon mendatar sebelum ini atau melantun membuat kenaikan semula.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW