Perubahan corak harga berlaku pada carta-carta utama Selasa semalam apabila US dolar mula bergerak lemah.
Situasi ini didorong oleh sentimen pasaran yang memulih dan terbitan data PMI bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan menyaksikan bacaan untuk Amerika Syarikat (AS) adalah merosot untuk bulan April.
Namun penganalisis melihat situasi ini hanya sementara berikutan jangkaan potensi untuk raja mata wang itu kembali mengukuh semula berdasarkan petunjuk yang disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dan ahli FOMC yang lain.
Petunjuk seterusnya akan diperhatikan menerusi data tumpuan Fed minggu ini iaitu data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku pertama 2024 serta indeks harga PCE di penghujung minggu.
Jika kedua-dua bacaan data tersebut menunjukkan angka yang meningkat, berkemungkinan akan kembali menyokong semula pengukuhan US dolar.
Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat telah mula menunjukkan tanda-tanda untuk keluar dari zon mendatar minggu lalu.
Isyarat perubahan trend bullish telah diperhatikan lebih awal apabila harga bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut semalam.
Kenaikan harga di sesi New York dilihat menguji paras rintangan pada 1.07000 dan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini, harga berlegar perlahan di atas paras tersebut.
Jangkaan untuk kenaikan lebih tinggi selepas ini bakal mensasarkan paras tumpuan berikutnya pada 1.08000.
Namun, waspada sekiranya harga kembali berpatah arah semula, penurunan harga boleh berlaku di bawah paras 1.07000.
Selanjutnya, zon support yang dicecah minggu lalu pada 1.06000 bakal diuji semula jika penurunan diteruskan.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW