“Hacker pun kelam kabut nak beli ETH, adakah harganya dah nak naik tinggi?”
Di tengah-tengah pelancaran spot Ethereum (ETH) ETF dijangka berlaku dalam masa empat hari sahaja, penggodam WazirX bertindak menukar semua altcoin dicuri pada ETH di mana ia kini memegang aset digital tersebut bernilai $201 juta.
Menerusi pemerhatian, jumlah pegangan ETH bagi pengeksploitasi WazirX telah mencanak pada 59,097 ETH bernilai $201 juta.
Diperjelaskan, 15,298 ETH bernilai $52 juta dicuri terus daripada bursa kripto kemudian 43,799 ETH bernilai $149 juta baru-baru ini diperoleh melalui pencairan pelbagai aset digital terutamanya $90.2 juta dalam Shiba Inu (SHIB), $10.2 juta Polygon (MATIC) dan $7.48 juta Pepe Coin (PEPE).
Pun begitu, pihak dieksploitasi tidak membuat sebarang langkah lagi dengan pegangan ETH itu dan paling menariknya, pengeksploitasi masih memegang altcoin lain bernilai $12 hingga $15 juta termasuk CHR, CELR, OOKI serta FRONT.
Jadi di sini dapat dilihat penggodam WazirX juga sedang bertaruh pada kenaikan secara besar-besaran harga ETH akan datang yang mungkin didorong oleh spot ETH ETF yang bakal disiarkan secara langsung pada minggu depan.
Memang tidak dinafikan altcoin telah melihat correction harga sejurus selepas eksploitasi tersebut berlaku, tetapi ETH tetap berjaya berdagang stabil sekitar $3,420 berbanding SHIB yang mengalami penerjunan 10%.
Menurut penganalisis pasaran kripto Sharks, ETH mampu melihat pergerakan pullback terlebih dahulu untuk menguji semula garis arah aliran sebelum harganya meneruskan kenaikan lebih tinggi sehingga $4,000.
Sehingga berita ini ditulis, harga ETH merudum sebanyak 0.63% pada paras $3,422 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $411 bilion tetapi masih mencatatkan lonjakan 10.96% sepanjang minggu lepas.