Corak pergerakan harga pada carta-carta utama kembali berubah semalam apabila US dolar dilihat tidak melanjutkan penyusutannya.
Sebaliknya, raja mata wang itu kembali paparkan pemulihan semula untuk mengurangkan sedikit kerugian yang dialami dari sebelum ini.
Namun penganalisis melihat situasi yang berlaku berkemungkinan adalah normal untuk pembetulan harga (correction) sebelum harga menyambung pergerakan trend.
Seperti pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga sebelum ini telah melepasi rintangan 1.08000 dan melanjutkan kenaikan hingga mencapai zon 1.09000.
Menguji zon rintangan itu, harga mula paparkan penurunan pada Khamis semalam ke paras sekitar 1.08550.
Pergerakan harga walau bagaimanapun masih berlegar di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang dinilai sebagai isyarat yang masih bullish buat harga.
Sekiranya harga kembali membuat kenaikan semula, zon rintangan 1.08000 dijangka bakal ditembusi sebelum harga catatkan ketinggian yang terbaru.
Seterusnya sasaran adalah untuk menuju zon tumpuan yang berada pada zon 1.1000 pula.
Namun jika harga semakin menunduk jatuh di penutup minggu ini, pelabur boleh menjangkakan penurunan untuk mencecah sekitar 1.08000.
Jika harga tembus lebih rendah ke bawah zon itu, akan menjadi isyarat lebih jelas untuk pergerakan trend bearish buat harga.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW