Pergerakan pasaran agak bercampur sejak pembukaan awal minggu ini ketika pelabur masih menghadam isu-isu semasa yang menjadi tumpuan.
Perkembangan situasi perang dan ancaman tarif Trump sebagai contohnya, boleh mempengaruhi perubahan sentimen pasaran semasa sekaligus turut memberi kesan terhadap arah pergerakan harga.
US dolar yang memulakan dagangan pada pembukaan awal minggu ini dengan suram menunjukkan pemulihan ketika pelabur mula berjaga-jaga dengan risiko dalam pasaran.
Namun, pengukuhan lebih jelas belum diperlihatkan sementara data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan untuk dinilai pada semalam dan hari ini (Rabu).
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga beberapa kali menunjukkan cubaan untuk kenaikan melepasi zon 1.05000 namun tetap gagal.
Di sesi Eropah semalam, harga telah melepasi paras tersebut pada kenaikan awalnya namun kembali berundur turun semula pada sesi New York.
Harga perlahan menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, kekal berlegar di bawah zon 1.05000 sebagai rintangan buat harga.
Sekiranya kenaikan harga selepas ini berjaya melepasi rintangan itu, sasaran pada 1.06000 akan cuba dicapai.
Paras tersebut merupakan rintangan tumpuan yang diuji pada dagangan minggu lepas.
Namun jika harga ditekan jatuh ke bawah, tumpuan terhampir adalah pada 1.04000 sebelum harga yang melanjutkan lagi penurunan boleh mengatasi paras yang dicecah minggu lalu sekitar 1.03330.
Seterusnya, paras terendah terbaru akan dicatatkan harga dengan sasaran pada 1.03000 untuk penurunan yang diteruskan.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW