“Harapnya sekarang adalah masanya untuk harga BTC bangkit semula, jangan terciduk balik pula.”
Tanpa menunggu lama, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) akhirnya berjaya menembusi $64,965 setelah Pengerusi Federal Reserve (Fed) semalam menyatakan bank pusat Amerika Syarikat (AS) enggan menggunakan pendekatan tunggu dan lihat bagi melakukan pengurangan kadar faedah.
Selain menegaskan Fed tidak akan menunggu sehingga inflasi capai sasaran 2% bagi pemotongan kadar faedah, Powell turut menunjukkan keyakinan lebih tinggi sesungguhnya inflasi mampu turun ke paras diingininya yang susulan penurunan berterusan untuk 3 bacaan terbaru pada suku kedua 2024.
Pemotongan kadar faedah akan menyebabkan faktor makroekonomi memihak pada aset berisiko seperti kripto mahupun saham yang dijangka dapat melihat pendakian secara besar-besaran dalam masa terdekat ini.
Memandangkan para pelabur menjangakan seluruh pasaran kripto termasuk BTC akan melepasi paras tertinggi sepanjang masanya, beberapa firma institusi berpandangan pemotongan kadar faedah mungkin berlaku pada September 2024.
Kenaikan drastik harga BTC turut tercetus disebabkan Ketua Pegawai Eksekutif BlackRock Larry Fink yang sudah berubah daripada “proud skeptic” kepada “major believer” ditambah pula IBIT telah memperoleh $4 bilion dalam aliran masuk bersih pada suku kedua dan $18 bilion sejak mula berdagang.
Suka dimaklumkan saham berkaitan kripto melihat keuntungan dalam perdagangan hari Isnin semalam, di mana MicroStrategy (MSTR) meningkat lebih 16% manakala saham Coinbase (COIN) dan Marathon Digital (MARA) masing-masing raih 11% serta 18%.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 4.79% pada paras $64,749 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.2 trilion seterusnya mencatatkan pencanakan 13.92% sepanjang minggu lepas.