Adakah anda sudah merancang untuk persaraan?
Rakyat Malaysia semakin serius dalam memastikan masa depan kewangan mereka terjamin.
Setakat Oktober 2024, lebih satu juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyumbang secara sukarela dengan jumlah terkumpul sebanyak RM11.16 bilion!
Angka ini jelas menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat mengenai kepentingan simpanan persaraan yang kukuh.
Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah, sebanyak 288,000 pencarum aktif KWSP telah membuat sumbangan lebih daripada kadar wajib 11%.
Ini mencerminkan peningkatan komitmen rakyat terhadap perancangan kewangan yang lebih baik di masa hadapan.
Selain itu, KWSP mengambil langkah proaktif dengan menaikkan peratusan sumbangan ke Akaun 1 (Akaun Persaraan) daripada 70% kepada 75%.
Langkah ini bertujuan untuk mempercepatkan pencapaian Simpanan Asas, sekaligus membantu ahli bersedia menghadapi cabaran kos hidup yang semakin meningkat.
Setakat ini, 36.2% pencarum berusia 18 hingga 55 tahun telah mencapai sasaran Simpanan Asas, berbanding 30.4% pada tahun 2022, menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.
Dalam perkembangan lain, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan umur persaraan ke 65 tahun.
Datuk Seri Amir Hamzah menegaskan bahawa keputusan tersebut memerlukan kajian menyeluruh dan pandangan semua pihak sebelum sebarang perubahan dilaksanakan.