“Baru nak main Hamster Combat dah muncul yang lain pula, mesti korang pening kan nak pilih mana satu.”
Pixelverse, ekosistem gaming Web3 akhirnya berhasrat mengorak langkah menambah watak memecoin berasaskan mata wang kripto Solana (SOL) dipanggil Cat in the Dogs World (MEW) pada pertempuran game di dalam Telegram yang semakin digembar-gemburkan.
Perkembangan positif tersebut mungkin bakal menarik penonton baharu dalam ekosistem Telegram, di mana MEW akan menjadi memecoin berasaskan SOL pertama yang dipaparkan di The Open Network (NOT).
Menurut Kori Leon, Ketua Pegawai Operasi (COO) PixelVerse berkata ekosistem gaming Web3-Nya bukanlah hanya mencipta game semata-mata susulan mereka sedang membina jenama mesra runcit yang berupaya menarik perhatian berjuta-juta orang pada rangkaian produknya.
Secara konteks, MEW ialah token berdasarkan kucing dilancarkan di tengah-tengah kegilaan memecoin SOL pada Mac 2024 yang modal pasarannya berjaya memuncak $700 juta pada awal April.
Pixelverse yang dianggarkan mempunyai 35 juta pemain aktif akan memperoleh token jika mereka menang melalui robot atau watak dalam game dan perlu diketahui watak tersendiri lain pada ekosistem gaming Web3 itu termasuk watak Doge daripada memecoin Dogecoin (DOGE).
PixelTap adalah salah satu game Telegram terkini yang raih perhatian selepas Notcoin serta Hamster Kombat dan biarpun ia masih belum mengesahkan secara jelas airdrop untuk pemainnya, projek itu umum akan lancarkan token PIXFI pada TON.
Setakat penulisan ini, MRW yang kini didagangkan pada paras $0.003 masih merosot 14.04% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $336 juta tetapi mencatatkan pendakian 0.11% sepanjang minggu lepas.