Syarikat Pembangunan Bitcoin MicroStrategy (MSTR) menambah kepada pegangan Bitcoin (BTC) meganya pada minggu lepas dengan pembelian 21,550 token lagi.
Pembelian tersebut dibuat sepanjang minggu lepas dengan purata harga $98,783 setiap satu berjumlah $2.1 billion.
Syarikat itu kini mempunyai baki tambahan $9.19 bilion daripada kemudahan jualan saham di pasaran sekitar $21 billion sedia ada sebelum ini.
Pembelian terbaru ini menjadikan pegangannya ke atas BTC kepada 423,650 iaitu bernilai hampir $42 billion pada harga semasa. Perkara ini menjadikan Eksekutif MicroStrategy, Michael Saylor memegang lebih 2% daripada 21 juta Bitcoin yang wujud.
Pembelian tersebut didorong oleh kenaikan harga gergasi kripto itu melepasi nilai $100,000 buat pertama kalinya dalam sejarah pada minggu lepas disebabkan oleh aktiviti para pelabur terutamanya di Amerika Syarikat beralih ke arah aset tersebut selepas kemenangan Donald Trump.
Menurut Farside Investors, ETF bitcoin spot AS menyaksikan aliran masuk besar-besaran mencecah $2.73 bilion dalam dana baharu pada minggu lepas.
Walau bagaimanapun, nilai pasaran saham MicroStrategy turun 1% kepada $395 dalam dagangan di samping penurunan sederhana dalam harga Bitcoin kepada $99,000.
Selain itu, Riot Platforms (ROIT) dalam kenyataan Isnin menyebut tawaran nota exchange $500 juta boleh digunakan untuk membeli Bitcoin.