Isyarat perubahan arah harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dinilai pada minggu lalu namun pergerakan harga terbatas pada penutup minggu.
Pelabur masih kekal berwaspada dengan pergerakan tak menentu US dolar sejak minggu lalu apabila tercetusnya kebimbangan terhadap risiko kemelesetan ekonomi global.
Sentimen risk-off pasaran menyokong US dolar untuk mengukuh, namun menuju penghujung minggu mata wang Pound berjaya menewaskan tekanan US dolar untuk pamerkan lonjakan nilainya.
Pada carta GBP/USD, harga dilihat telah memaparkan corak penurunan untuk beberapa minggu dan sehingga minggu lalu, harga telah mencecah sekitar zon 1.27000.
Namun, pada Rabu lalu dapat diperhatikan lantunan harga berlaku dari zon 1.27000 tersebut untuk memberi isyarat perubahan trend.
Pergerakan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut buatkan pelabur menilai isyarat pergerakan bullish bakal berlaku.
Kenaikan harga walau bagaimanapun terbatas di ketinggian 1.27700 pada dagangan sesi akhir minggu lalu.
Menyambung dagangan pada awal minggu ini, harga masih berlegar perlahan di sekitar tersebut pada pembukaan sesi Eropah petang ini.
Kenaikan lebih tinggi jika diteruskan dilihat akan menguji zon rintangan pada 1.28000 sebelum isyarat pergerakan bullish lebih jelas selepas berjaya melepasinya.
Sasaran untuk kenaikan diteruskan lebih tinggi adalah menuju sasaran pada 1.29000.
Namun jika harga ditekan jatuh semula ke bawah, zon 1.27000 akan dihampiri semula untuk pelabur perhatikan reaksi harga pada zon penting tersebut.
Tembus lebih rendah akan menjangkakan trend bullish harga untuk beberapa minggu sebelum ini akan masih diteruskan dengan sasaran terbaru beralih kepada 1.26000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW