[Sponsored Article]
Ahli komiti Fed semalam telah memberitahu bahawa pemotongan kadar faedah seharusnya dilakukan dengan penelitian berhati-hati tanpa perlu tergesa-gesa berikutan pada ketika ini ekonomi di Amerika masih berada di dalam keadaan yang stabil.
Ini sekaligus mencerminkan bahawa kadar faedah yang sedia ada pada masa kini dilihat masih mampu diterima oleh rakyat tersebut. Sentimen ini telah mengakibatkan bon perbendaharaan U.S (Treasury Yield) telah diniagakan tinggi.
Tekanan Geopolitik
Harga emas telah ditekan rendah di sekitar paras $2,025-$2,022 berikutan sentimen baharu itu semalam. Namun kemelut geopolitik di Timur Tengah telah memberikan sedikit rangsangan menghalang harga emas daripada terus diniagakan lebih rendah.
Selain itu juga, krisis geopolitik China dilihat turut menghalang pelabur emas untuk terus melakukan “aggresive bearish”. Pelabur emas kini perlu menantikan laporan data”U.S Retails Sales” dan persidangan daripada ahli komiti Fed Bowman bagi mendapatkan petunjuk baharu.
Namun persidangan daripada Fed Bowman berkemungkinan dilihat mampu memberikan pengaruh besar terhadap Dollar Amerika.
Technical Analysis
Paras harga $2,016 menjadi tumpuan utama. Jika paras ini berjaya dipecahkan harga emas mampu ditekan lebih rendah sehingga ke paras $2,000 sebelum menuju $1,973.
Namun jika sebaliknya, $2,040 perlu dipecahkan sebagai konfirmasi untuk meletakkan posisi “bullish”.
Jika ia berlaku, $2,065-$2,078 akan menjadi halangan pertama sebelum meneruskan kenaikan ke paras $2,100.
Log In/Register Saracen Markets Account And Get Access To MARKET OUTLOOK Document Which Is A Reference For Institutions And Professional Traders. Log In Now – CLICK HERE