Aset digital blockchain yang berkaitan dengan aplikasi Telegram telah kehilangan kira-kira $2.7 billion dalam pasaran kripto akibat ketidaktentuan selepas berita penahanan pengasasnya, Pavel Durov di lapangan terbangan Perancis.
Beliau ditahan pada 24 Ogos lepas kerana disyaki gagal mengambil langkah dalam mencegah aktiviti jenayah yang berleluasa di aplikasi sosial Telegram.
Rangkaian TON blockchain yang mempunyai akses kepada 900 juta pengguna itu menyediakan perkhidmatan perkongsian seperti pembayaran dalam aplikasi permainan internet telah menyemarakkan spekulasi bahawa ia berpotensi menjadi ‘aplikasi super’ seperti WeChat di China.
Nilai aset tersebut melonjak tahun ini ke paras tertinggi $1.1 billion pada bulan lepas dan menyusut kepada $661 juta baru-baru ini.
Manakala, nilai Toncoin naik tiga kali ganda pada tahun lalu dan token itu mempunyai nilai pasaran semasa kira-kira AS$14.4 billion.
Walau bagaimanapun, hubungan perkaitan antara Telegram dan TON telah menjadi satu berita mengejutkan buat pasaran mata wang kripto. Pengurusan Modal Pantera pada Mei menggambarkan pembelian Toincoin sebagai pelaburan terbesar firma itu.
Menurut Richard Galvin, pengasas bersama dana lindung DACM berkata mereka masih terlalu awal untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi. Sentimen pasaran kripto kini lebih berfokus pada kedudukan TON semasa.
Baru-baru ini, pihak berkuasa menyalahkan Telegram kerana mengambil mudah terhadap penyederhanaan aktiviti jenayah dan ada segelintir pihak menyokong kebebasan pengguna.
Aplikasi Telegram kini semakin popular dalam komuniti kripto terutamanya dalam perkongsian tips pengurusan pelaburan.