Pelabur resah memerhatikan pasaran Wall Street bergerak naik dan turun pada Rabu ketika pelabur menunggu keputusan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah untuk penutup 2024.
Fed dijangka mengurangkan kadar sebanyak 0.25%, pada masa yang sama juga dijangka akan memberi isyarat awal mengenai pengurangan kekerapan pemotongan kadar faedah pada 2025 didorong oleh kebimbangan inflasi yang berterusan.
Pada Selasa, Dow Jones jatuh 267 mata (0.61%), S&P 500 turun 0.39%, dan Nasdaq Composite kehilangan 0.32%.
Kebanyakan sektor dalam S&P 500 berakhir lebih rendah, dengan saham perindustrian, tenaga dan kewangan mengalami kerugian terbesar.
Saham teknologi juga menghadapi cabaran berikutan pemain utama Nvidia jatuh 1.2% dan Broadcom merosot 3.9%.
Berbeza dengan Tesla yang masih berjaya meneruskan momentum kenaikan dengan memperoleh 3.6%.
Pelabur kekal berhati-hati menjelang keputusan Fed, kerana perubahan kadar faedah boleh membentuk semula sentimen pasaran global.