“Wahhh banyak pembeliannya, macam tak ada hari esok je.”
Harga Bitcoin (BTC) pada Ahad semalam menggunung semula sehingga $70,312 apabila terdapat whale bertindak membeli mata wang kripto tersebut secara besar-besaran yang melihat aliran masuk kira-kira 15,745 BTC bernilai $1 bilion.
Jadi di sini dapat dilihat whale telah mempengaruhi trend kripto terutamanya semasa tempoh penting dalam kitaran bullish ditambah pula pakar mencadangkan kemerosotan dalam harga BTC mungkin membangkitkan aktiviti kenaikan harga baharu sebelum pendakian masa hadapan.
Menurut seorang pengulas kripto di platform media sosial X dipanggil MartyParty, whale yang membeli sejumlah besar BTC ketika harganya menurun telah mengalihkan aset digital itu keluar dari OKX selepas BTC naik sedikit.
Pergerakan pengeluaran BTC daripada bursa centralized menunjukkan dorongan lebih tinggi untuk harganya bertahan lama manakala pemindahan ke bursa pula menandakan tekanan jualan susulan BTC mudah dijual di bursa dan dipegang lebih lama oleh penjaga lain.
Umum mengetahui juga whale BTC telah meneruskan aktiviti sejurus selepas sedekad tidak aktif, di mana ia yang memegang 1,701 BTC bernilai $155 juta telah memindahkan sejumlah 246 BTC ke dua address berlainan.
Sungguhpun motif masih tidak diketahui, acara halving yang makin menghampiri telah dipersoalkan ekoran ia dilihat sebagai fasa bullish untuk BTC dan perlu diketahui miners BTC juga meletakkan semula pegangannya di dalam bursa serta rizab sebelum halving berlaku.
Selain itu, kenaikan harga BTC baru-baru ini turut tercetus disebabkan aliran masuk yang besar selepas kelulusan spot BTC ETF oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.35% pada paras $69,284 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan penyusutan 2.43% sepanjang minggu lepas.