Rugi besar, dividen tetap jalan – duit siapa yang ‘bekerja’ di sini?
Laporan audit negara yang terbaru mendedahkan sebanyak 86 buah anak syarikat kerajaan telah mencatatkan kerugian keseluruhan sebanyak RM2.81 bilion pada 2023.
Walaupun mengalami kerugian, sebanyak 14 syarikat tetap perlu membayar dividen kepada agensi kerajaan.
Sementara itu, aset 142 agensi kerajaan meningkat kepada RM2.696 trilion.
Namun, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) masih menanggung liabiliti bersih RM342.46 juta akibat bayaran sukuk sehingga 2027, manakala SWCorp mencatatkan liabiliti bersih RM140.15 juta disebabkan oleh hutang dan perbelanjaan tertunggak.
Dalam masa yang sama, kerajaan bertindak untuk menyalurkan geran berjumlah RM33.6 bilion kepada 98 agensi, dengan penerima tertinggi termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Meskipun mengalami kerugian, aliran dividen tetap berjalan yang menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan pengurusan kewangan dalam syarikat berkaitan kerajaan.