Azsat Global Sdn Bhd menuntut saman RM6.7 juta kepada anak syarikat Perdana Petroleum, Intra Oil Services Bhd (IOS).
Perkara ini dibuat selepas IOS telah bertindak menamatkan kontrak perkhidmatan internet satelit untuk kapal-kapalnya serta merta.
Bursa Malaysia memberitahu Azsat menuntut RM6.7 juta dan kadar faedah 5% setahun sehingga bayaran penuh dilangsaikan.
Azsat turut mendakwa IOS berkomplot dengan tiga pihak lain sehingga mengakibatkan kontrak mereka ditamatkan.
Syarikat Petroleum itu menafikan wujud unsur konspirasi dan memaklumkan telah melantik peguam bela untuk mempertahankan diri dalam kes tersebut.