Misi Elon Musk untuk mengecilkan kerajaan Amerika Syarikat semakin kucar-kacir apabila kakitangan persekutuan enggan tunduk kepada ugutan pemecatan.
Inisiatif Musk, yang dinamakan Department of Government Efficiency (DOGE), telah menyebabkan seramai 20,000 pekerja dibuang kerja, tetapi e-melnya yang terbaru mencetuskan kekeliruan – memaksa kakitangan persekutuan untuk membuktikan kewajaran kerja mereka dengan merumuskan tugas yang mereka lakukan.
Namun, agensi kerajaan membantah dan enggan membalas email tersebut dengan Pejabat Pengurusan Personel (OPM) menetapkan bahawa e-mel itu bersifat sukarela, manakala Trump dengan selamba menyebut tindakan itu sebagai ‘idea genius’.
Sesetengah agensi menggalakkan kakitangan menjawab, manakala yang lain memberi amaran agar mereka menulis seolah-olah ada ‘pengintip’ sedang memerhati.
Sementara itu, Musk muncul di sebuah acara konservatif dengan gergaji rantai di tangan, seolah-olah bersedia ‘membersihkan’ kerajaan, sambil tersenyum menikmati kekacauan yang melanda.
Sampai bila rakyat Amerika akan bersabar dengan Trump? Atau adakah kita bakal menyaksikan satu episod baru apabila rakyat mula merencanakan PRU lebih awal?