Emas telah mencapai rekod tertinggi baharu pada $2,956 pada dagangan Isnin di saat mata wang dolar AS mengukuh dan hasil AS kekal tidak berubah.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $2,951.22 iaitu bergerak tidak ketara sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Ketidaktentuan dagangan menyebabkan harga emas kekal disokong tinggi apabila para pelabur mempertimbangkan cadangan Donald Trump di mana sebelum ini berkenaan penangguhan tarif ke atas Kanada dan Mexico.
Penangguhan tersebut berlangsung dengan syarat serta mereka bersetuju untuk bekerjasama dalam menghentikan dagangan fentanyl yang tidak sah dan pendatang haram.
Pada Jumaat lepas, data aktiviti dagangan di Amerika Syarikat yang bercampur-campur dengan PMI Pembuatan Global S&P berkembang manakala PMI Perkhidmatan menyusut.
Selain itu, laporan Universiti Michigan menetapkan jangkaan inflasi meningkat dan sentimen pengguna merosot.
Pasaran melihat harga emas mampu melanjutkan lagi keuntungannya walaupun alami ‘sideway’ yang berpanjangan sejak minggu lepas.