Pasaran emas bergerak sedikit menurun pada awal pembukaan minggu apabila ketegangan perang dagang yang mereda antara Amerika Syarikat dan China, hal ini akan memberikan sedikit kelegaan kepada para pelabur serta dolar AS akan mengukuh.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $3,309.43 iaitu menurun 0.30% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Terkini, pentadbiran Donald Trump memberi isyarat lebih terbuka yang mengurangkan ketegangan perang dagang antara dua ekonomi terbesar dunia serta meredakan kebimbangan terhadap kemelesetan.
Pada Jumaat lepas, China mengecualikan beberapa tarif import AS yang tinggi sebagai sokongan untuk mengurangkan ketegangan namun mereka masih menafikan dakwaan pentadbiran Donald Trump telah mengutuskan rundingan bersama.
Walau bagaimanapun, emas dilihat masih kekal utuh di posisi tertinggi berikutan potensi pelonggaran dasar oleh Fed pada mesyuarat akan datang.
China, pengguna emas terbesar dunia kekal konsisten dalam menambah pegangannya di tengah-tengah tarikan tinggi pada harga dan permintaannya oleh bank-bank pusat dunia.