Emas melantun semula lebih tinggi pada dagangan Selasa selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan inflasi pengeluar semakin perlahan.
Suasana tersebut yang melemahkan dolar AS turut mencetuskan semula harapan pelonggaran dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) dan menawan paras $2,670 semalam.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $2,673.70 iaitu susut 0.15% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Logam kuning memulih selepas ia dibuka rendah pada awal dagangan di awal minggu berikutan Biro Statistik Buruh AS (BLS) mendedahkan bahawa Indeks Harga Pengeluar (PPI) meningkat.
Angka tersebut mengehadkan lagi lonjakan emas apabila para pelabur menantikan laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) pada Rabu dengan meletakkan anggaran yang lebih sederhana dan mampu meningkatkan peluang Fed untuk pelonggaran dasar sepanjang tahun.
Peserta pasaran mengintai keluaran CPI untuk cetakan Disember berada di bawah angka 2.7% bulan sebelumnya dan ini boleh menunjukkan bahawa proses disinflasi seterusnya.
Terdahulu, Presiden Fed Kansas City Jeffrey Schmid menyatakan bahawa Fed akan bertindak jika tarif Trump menyebabkan inflasi atau pekerjaan keluar daripada landasan.
Walau bagaimanapun, harga emas juga akan terjejas apabila berita berkenaan perang Gaza yang bakal mereda.