Corak penurunan harga diteruskan pada carta pasangan mata wang GBP/USD Khamis semalam hingga harga mencatatkan rekod terendah terbaru 14 bulan.
Penurunan yang didorong oleh pengukuhan US dolar itu telah melepasi paras 1.23000 yang merupakan paling terendah harga pada tahun lalu yang dicecah pada bulan April.
Harga mencecah hingga sekitar 1.22400 di sesi Eropah semalam, namun kembali melantun semula untuk berlegar di sekitar zon 1.23000 sehingga dagangan sesi New York berakhir.
Momentum pengukuhan US dolar dilihat sedikit mengendur ketika pelabur kini sedang berhati-hati menunggu laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan di sesi New York sebentar lagi.
Pergerakan harga kekal dengan isyarat bearish yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Penurunan harga jika dilanjutkan dijangka mensasarkan paras 1.22000 untuk diuji yang dilihat sebagai zon support tumpuan harga.
Kali terakhir ia diuji adalah pada dagangan November 2023 yang lalu sebelum kenaikan yang diteruskan sehingga 2024.
Namun jika harga bergerak naik dari zon 1.23000 kemudiannya melepasi halangan MA50, ini akan menjadi isyarat awal untuk perubahan trend bullish buat harga.
Kenaikan lebih tinggi boleh dijangkakan untuk harga menuju 1.24000 sebelum tumpuan beralih ke sekitar 1.25000 semula.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.