Penyusutan US dolar berterusan dari awal minggu lalu hingga Rabu semalam ketika sentimen pasaran dilihat masih berisiko tertumpu pada isu-isu berkaitan polisi pentadbiran Donald Trump.
Data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) turut diberikan tumpuan dengan bacaan yang agak bercampur pada sesi New York semalam.
Laporan pekerjaan ADP menunjukkan peningkatan lebih tinggi pada Januari berbanding ramalan dan juga bacaan bulan sebelumnya.
PMI perkhidmatan tinjauan ISM AS pamer penurunan untuk bacaan Januari, sedikit suram berbanding bacaan data sama untuk sektor pembuatan yang diterbitkan meningkat pada Isnin lalu.
Meneliti pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah mengekalkan corak kenaikan sehingga menembusi paras 1.04000 semalam.
Ketinggian baharu dicapai sekitar 1.04400 sebelum harga berundur turun hampiri semula 1.04000 pada penghujung sesi New York.
Pergerakan harga kekal dengan isyarat bullish yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut yang menjangkakan kenaikan lebih tinggi diteruskan.
Sekiranya kenaikan diteruskan, harga dijangka melepasi paras ketinggian semalam sebelum catatkan paras ketinggian baharu lagi minggu ini.
Sasaran untuk menuju zon rintangan pada 1.05000 seperti yang diuji pada dagangan minggu lalu.
Namun jika harga menjunam dari paras 1.04000 melepasi sokongan MA50, pelabur menilai isyarat bearish harga sebelum harga dijangka turun ke sekitar 1.03000.
Penurunan lanjut yang diteruskan bakal menghampiri semula zon support Januari lalu pada 1.02000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.