Gembira gaji naik 2025? Begitu juga harga barang!
Inflasi Malaysia dijangka meningkat ke 2.3% pada 2025, lebih tinggi daripada 1.8% pada 2024, berpunca daripada subsidi petrol RON95 yang diselaraskan, insurans lebih mahal, cukai SST yang diperluas, dan kenaikan gaji minimum.
Walaupun bahang inflasi semakin terasa, penganalisis menjangkakan harga masih terkawal, dengan kerajaan mengekalkan kawalan harga terutama sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.
Bank Negara Malaysia (BNM) pula dijangka tidak akan menaikkan kadar faedah melainkan inflasi melonjak secara mendadak.
Namun, bagi rakyat biasa, kos hidup tetap meningkat.
Kenaikan harga makanan dan perumahan dijangka berlaku, meskipun sedikit reda akibat penurunan kos pengangkutan dan restoran.
Kenaikan gaji penjawat awam pada Disember 2024 mungkin memberi sedikit kelegaan, tetapi adakah ia cukup untuk mengimbangi peningkatan harga?
Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, persoalannya benarkah inflasi masih boleh dikawal, atau rakyat perlu bersedia untuk gelombang kenaikan harga yang lebih besar?