Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib dalam sidang parlimen semalam mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan telah memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat.
Peruntukan tersebut akan membiayai program bantuan segera seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan inisiatif Payung Rahmah, yang akan menerima sebanyak RM300 juta.
Sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang, kerajaan bakal memberi tumpuan kepada kenaikan gaji, dengan peningkatan gaji minimum kepada RM1,700 yang telah berkuatkuasa pada Februari 2025.
Selain itu, insentif untuk pelaburan strategik dan sokongan untuk perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dijangka membuka peluang pekerjaan baru kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
Tetapi dengan berjuta-juta rakyat masih bergelut dalam kos sara hidup yang perlahan-lahan meloncat, adakah peruntukan besar ini cukup untuk mengubah kehidupan atau sekadar angka di atas kertas?