Kerajaan Pulau Pinang kini dilanda kontroversi panas selepas cadangan projek penambakan 70 ekar di tapak pelupusan Jelutong yang melibatkan syarikat China Railway Engineering Corporation Malaysia (CRECM).
Projek bernilai RM1.01 bilion ini bertujuan untuk membersihkan tapak pelupusan lama dan mengubahnya menjadi kawasan pembangunan baru, namun reaksi rakyat jauh dari positif.
Bukan sahaja ia mencetuskan kemarahan, malah ia juga menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak.
PLB Engineering Bhd (PLB), yang memegang hak ke atas tanah tersebut, telah menjalin kerjasama dengan CRECM.
Mengikut perjanjian bersama kerajaan negeri, PLB akan menerima 75% daripada tanah asal dan 70% daripada tanah baru yang ditambak.
Dalam kerjasama ini, PLB dan CRECM akan bergabung untuk membiayai serta melaksanakan kerja-kerja pembersihan tapak pelupusan.
Sebagai balasan, CRECM akan memperoleh 90% daripada tanah yang dimiliki oleh PLB setelah kerja-kerja tersebut selesai.
Namun, tindakan ini dilihat oleh ramai pihak sebagai satu penggadaian kedaulatan negara, dengan sesetengah pihak berpendapat peluang ini lebih kepada perangkap untuk mendapatkan pengaruh dan keuntungan dari situasi yang penuh dengan krisis ini.
NGO ProtectKarpal, yang mewakili penduduk sekitar Karpal Singh Drive, menyifatkan projek ini sebagai ancaman besar kepada maruah Malaysia, dengan risiko gangguan bunyi bising, kesesakan trafik, serta kerosakan perniagaan kecil di kawasan tersebut.
Beliau juga menegaskan perlunya campur tangan segera Perdana Menteri untuk membatalkan projek ini.
Bagi mengelakkan ketegangan yang semakin meningkat, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, berjanji akan membangkitkan isu ini kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, sementara ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim, turut merancang pertemuan dengan penduduk dan pihak berkuasa untuk mencari jalan penyelesaian.
Adakah ini projek pembangunan yang perlu diteruskan, atau adakah Pulau Pinang sedang mempertaruhkan keselamatan dan kedaulatan negara demi keuntungan?
Setiap kontroversi ada baik buruknya. Jika bijak, peluang pasti jatuh bergolek untuk anda meraih keuntungan dari situasi semasa.
Seperti yang dikatakan ahli komuniti HUSTLE24HOUR, “Krisis itu bukan masalah, ia peluang tersembunyi!” Jika anda juga mahu memanfaatkan peluang dalam situasi ini (atau mana-mana isu lain yang datang), sertai HUSTLE24HOUR sekarang! Dapatkan panduan terus dari pakar untuk mengubah masalah menjadi peluang. KLIK LINK UNTUK SERTAI H24H!