Pada awal April, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mengumumkan tarif auto 25% ke atas seluruh industri di AS.
Keadaan ini telah dialami oleh pembuat kereta utama AS, selepas jumlah tarif auto telah dipertingkatkan berbanding tarif asal.
Peningkatan ini mengakibatkan industri itu menelan perbelanjaan kos kira-kira $100 billion pada 2025.
Berdasarkan sumber semasa, syarikat Detroit Ford Motor dan syarikat General Motors dan Stellantis, telah menyaksikan peningkatan kos sebanyak $42 billion.
Pengumuman tarif import automatif 25% Trump pada 3 April, menyebabkan berlakunya kejutan terhadap seluruh industri.
Turut terkesan kepada kenderaan buatan Mexico dan Kanada yang dikenakan levi.
Pelaksanaan tarif Trump mendorong pembuat kereta melakukan perubahan melibatkan aspek pengeluaran, dengan meningkatkan pengeluaran trak di kilang Indiana.
Manakala, Stellantis turut melaksanakan inisiatif sama dengan menghentikan pengeluaran kilang di Mexico dan Kanada.
Kedua-dua perubahan yang dilaksanakan telah menjejaskan lima kemudahan utama AS sebagai penyambung utama terhadap syarikat dua negara jiran tersebut.