Kontroversi penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada harga rendah iaitu RM5.40 hingga RM7.36 dan beli balik pada harga yang mahal telah dijelaskan oleh KWSP.
Menurut KWSP, penjualan sahamnya pada 2023 dalam MAHB adalah pada harga antara RM6.80 dan RM7.70 setiap satu.
Keuntungan sebanyak RM102 juta berjaya diperoleh oleh KWSP yang termasuk dividen dan keuntungan modal.
Manakala keuntungan RM100.7 juta yang telah diumumkan sebelum ini tidak termasuk dividen yang diperolehi oleh pengurus dana luar.
Pembayaran dividen yang tinggi pada 2023 iaitu sebanyak 5.5% untuk simpanan konvensional dan 5.4% untuk simpanan syariah adalah hasil pelaburan KWSP dalam MAHB.
KWSP memberi jaminan bahawa semua laporan kewangan mengikut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia dan tiada maklumat yang disembunyikan atau salah dilaporkan.
Sejak 2014, KWSP telah memperoleh RM650 juta daripada saham MAHB melalui dagangan dan dividen.