Ketidaktentuan tarif semakin menjadi barah terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dilihat berisiko menuju ke arah kemelesetan.
Menjadi petunjuk baharu, data inflasi AS yang diterbitkan di sesi New York semalam menunjukkan bacaan pada Mac menurun kepada 2.4% lebih rendah berbanding ramalan 2.5%.
US dolar ketara melemah pada dagangan Khamis semalam, lebih ketara di sesi New York sehingga berterusan bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan lebih 400 pips telah dipamerkan dari Khamis semalam sehingga bersambung ke sesi Asia pagi Jumaat ini.
Kenaikan yang pada mulanya melepasi paras 1.10000 kemudian menembusi zon rintangan minggu lalu iaitu 1.11000.
Sehingga menuju penghujung sesi New York, harga mencapai sasaran pada zon 1.12000 menguji kembali zon tertinggi yang dicapai pada September 2024 lalu.
Momentum tidak terhenti di situ apabila kenaikan kukuh terus dipaparkan di sesi Asia pagi ini hampir 200 pips yang bermula dari zon 1.12000 itu, melepasi 1.13000 dan hampir menuju 1.14000.
Namun pergerakan harga mula perlahan dan berundur ke sekitar 1.13000 semula untuk ‘berehat’ seketika selepas rali berterusan beberapa sesi.
Kenaikan harga dijangka akan diteruskan menuju 1.14000 sebagai sasaran terhampir sebelum harga terus mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 tahun.
Namun jika berlaku penurunan semula, harga berkemungkinan singgah kembali ke zon 1.12000 atau susut lebih rendah menuju zon 1.11000.
Reaksi harga pada zon-zon penting ini akan memberi petunjuk untuk arah pergerakan selanjutnya.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK