Donald Trump kembali menembak Kesatuan Eropah (EU) dengan tarif 25%, menuduh blok itu diwujudkan untuk menipu Amerika Syarikat (AS)!
Tidak berdiam diri, EU berjanji akan membalas dengan tegas dan serta-merta terhadap sekatan perdagangan yang dianggap ‘tidak berasas’.
Ketegangan itu bertambah apabila Trump turut mengancam tarif ke atas Kanada dan Mexico minggu depan, mencetuskan kebimbangan terhadap perang perdagangan yang dilakukan secara besar-besaran ini.
Presiden Perancis, Macron, sebelum ini berharap dapat memujuk Trump supaya tidak berkonfrontasi dengan China dan Eropah serentak, tetapi nampaknya Trump mempunyai rancangan lain.
Jika tarif ini dilaksanakan, EU memberi amaran bahawa barangan bernilai $29.3 bilion bakal terjejas, dengan industri automotif dan sektor lain berada dalam zon kritikal.
Walaupun pakar ekonomi menegur, Trump yakin langkah ini akan ‘menghantar’ industri automotif ke Michigan – atau sebenarnya menghantar AS ke dalam perang perdagangan yang lebih parah?