Kerajaan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) kini semakin giat mengurangkan kebergantungan kepada Dolar AS dengan memperluaskan penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan serantau.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan usaha ini bertujuan mengurangkan risiko turun naik mata wang asing dan mengukuhkan daya tahan ekonomi negara.
Langkah ini juga seiring dengan pelaksanaan Rangka Kerja LCT ASEAN, yang dipersetujui Ogos lalu, bagi mengukuhkan urus niaga serantau menggunakan mata wang masing-masing.
Anwar menjelaskan bahawa permintaan terhadap transaksi dalam mata wang tempatan yang semakin meningkat, menyebabkan kerajaan positif untuk terus memperkasakan saluran sedia ada bagi memudahkan dagangan serta pelaburan tanpa terlalu bergantung kepada USD.
Adakah ini langkah berani Malaysia ke arah blok dagangan serantau yang lebih bebas daripada dominasi dolar atau hanya sementara sebelum tunduk semula demi menjaga hati Washington?