Tiba-tiba semua salah-menyalahkan?
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un kini menuduh Amerika Syarikat sebagai ‘kepala’ yang sengaja memanjangkan perang Ukraine-Rusia.
Ironinya, pada masa yang sama, tenteranya sendiri dilaporkan kembali bertempur di medan perang bersama Rusia.
Menurut Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, Pyongyang telah menghantar ribuan askar ke wilayah Kursk, Rusia, menyebabkan pertempuran sengit yang meragut nyawa ratusan pejuang Korea Utara dan Rusia.
Setakat ini, Moscow dan Pyongyang terus berdiam diri seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Dalam satu lagi plot twist geopolitik, Kim menyelar AS sebagai ‘perosak keamanan global’.
Sementara itu, Presiden Donald Trump, yang baru kembali ke tampuk kuasa, cuba memposisikan dirinya sebagai ‘hero’ dengan menawarkan rundingan gencatan senjata.
Namun, peliknya Trump sendiri kini menyalahkan Zelensky atas berlarutnya perang ini.
Situasi menjadi semakin serabut – Kim salahkan AS, Rusia salahkan AS, Trump salahkan Zelensky, dan perang ini masih tiada noktah.
Satu perkara pasti – perang tuding jari makin panas, tapi di medan sebenar, peluru tetap berterbangan. Siapa ‘real deal’ dan siapa hanya main propaganda?