Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berhasrat membuka pasaran-pasaran baharu di Eropah bagi mendepani cabaran ekonomi yang melanda dunia ketika ini.
Katanya lagi, cabaran terbaharu dalam bentuk pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump itu membebani Malaysia serta beberapa negara lain menerusi pemerkasaan keupayaan domestik masing-masing.
Kerajaan menerusi perbincangan dengan pemimpin-pemimpin ASEAN dan baru-baru ini Presiden China, Xi Jinping mencapai persetujuan berkaitan perkara berkenaan.
Selain itu, Presiden Maldives, Kosovo dan Pakistan juga turut akan mengunjungi Malaysia dalam masa terdekat dan mengadakan rundingan bagi mendepani cabaran tarif global.
Buat masa ini, Anwar menekankan bahawa fokus utama perbincangan adalah untuk membina sepakat keupayaan dalam domestik.
Malaysia berusaha untuk membina keyakinan dalam kemampuan berdikari dan membangun di atas kekuatan sendiri serta rangkaian kerjasama di peringkat rantau ASEAN dan Asia.
Pada masa yang sama, Malaysia turut meneroka pasaran baharu di Eropah, dengan hubungan diplomasi bersama Brazil semakin rapat. – Bernama