Kesatuan Eropah (EU) telah memberikan ‘green light’ tanpa sebarang syarat dikenakan kepada Nokia untuk mengambil alih syarikat peralatan rangkaian dan semikonduktor optik dari Amerika Syarikat, Infinera, dalam perjanjian bernilai $2.3 bilion.
Perjanjian ini sekaligus menobatkan Nokia sebagai pemain kedua terbesar dalam pasaran rangkaian optik global dengan pegangan 20%, hanya di belakang gergasi China, Huawei.
Keputusan ini memberi Nokia pelbagai kelebihan besar dalam membekalkan peralatan kepada syarikat teknologi gergasi seperti Amazon, Google dan Microsoft, yang kini giat melabur dalam pusat data untuk mendukung lonjakan AI.
Dengan dominasi Huawei dan kehadiran Nokia yang semakin mengukuh, pasaran semikonduktor ini bakal menjadi medan pertempuran yang lebih sengit!