Logam kuning tradisional meningkat secara mendadak pada dagangan Selasa hasil sokongan oleh kehangatan konflik geopolitik, ketidaktentuan dasar perdagangan, penantian peserta pasaran menjelang keputusan FOMC dan sidang akhbar Pengerusi Jerome Powell.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $3,368.68 iaitu jatuh 1.82% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Tarikan emas mencerminkan ketidakstabilan global yang semakin mendalam apabila ancaman ketenteraan Israel di Gaza, aktiviti serangan antara Iraq-Syria dan pelancaran peluru berpandu India ke atas Pakistan yang memburukkan lagi konflik serantau.
Perkembangan ini memburukkan lagi risiko dalam pasaran kewangan dan mengukuhkan permintaan aset selamat emas.
Pelabur perlu peka dengan isu-isu semasa tumpuan dalam pasaran yang boleh mempengaruhi perubahan pada harga emas. Program HUSTLE24HOUR turut membincangkan berkenaan emas bersama ahli-ahli yang berpengalaman. Sertai komuniti HUSTLE24HOUR segera, KLIK LINK INI.
Selain itu, kehangatan perang dagang masih dirasai pasaran apabila Donald Trump mengumumkan tarif 100% ke atas filem asing dan sekatan import farmaseutikal yang mencetuskan semula kebimbangan konflik global.
Peningkatan sekatan akan terus mengganggu rantaian bekalan yang menyukarkan kebanyakkan negara untuk menjalani perniagaan dengan tenang.