Pengisytiharan tarif baharu oleh Presiden Donald Trump memberi ancaman terhadap Apple Inc, mengakibatkan harga saham syarikat pembuat iPhone itu menjunam.
Namun, berita baiknya pelanggan bergegas untuk membeli iPhone sebelum tarif dilaksanakan sebanyak 54% dengan kebanyakan produk itu yang dihasilkan di China.
Seorang pekerja di kedai Apple berkongsi situasi ‘panic-buying’ dengan ramai pelanggan bertanyakan sama ada harga iPhone akan meningkat selepas ini disebabkan tarif.
Kedai runcit Apple AS menyaksikan jualan yang lebih tinggi pada tempoh beberapa minggu ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Pada 1 Mei, Apple akan melaporkan keputusan suku kedua fiskal kepada Ketua Pegawai Eksekutif Tim Cook dan Ketua Pegawai kewangan Kevan Parekh untuk membincangkan kesan tarif.
Pada minggu lalu, impak tarif telah melanda Apple dengan teruk melibatkan lebih setengah trillion dollar nilai syarikat jatuh pada dua hari terakhir dagangan minggu lalu.
Syarikat Apple mengambil langkah persediaan untuk berdepan kesan lanjut tarif termasuk menyimpan stok inventori.
Pada masa yang sama, Apple juga mengalihkan lebih banyak pengeluaran ke Vietnam yang dikenakan tarif lebih rendah berbanding China.
Menurut Bloomberg News, Apple akan melaksanakan beberapa langkah seperti meletakkan margin yang lebih rendah untuk mengekalkan harga daripada terus melonjak.
Keadaan ini mampu meningkatkan keputusan suku ketiga Apple.