Satu tamparan yang hebat kepada Eropah apabila Amerika Syarikat (AS) secara rasminya telah memutuskan hubungan sekutu bersama Eropah dengan memilih untuk berpihak kepada Rusia dalam undian penting di PBB mengenai Ukraine.
AS yang mengundi untuk menentang resolusi bagi mengecam pencerobohan Moscow, memberi siren pertama kepada perpecahan terbesar dalam hubungan transatlantik sejak kejatuhan Soviet.
Kyiv, yang tidak menyangka akan dikhianati, menuduh Trump memberi kelebihan kepada Putin dan meletakkan Ukraine dalam bahaya besar.
Sementara itu, pemimpin Eropah kini bertungkus-lumus mencari jalan untuk mendapatkan kembali tempat dalam perbincangan yang bakal menentukan nasib Ukraine – namun, adakah mereka sudah terlambat?
Pada masa yang sama, sebuah dokumen mendedahkan bahawa Washington sedang merundingkan “Dana Pelaburan Pemulihan” untuk Ukraine tetapi dengan syarat yang mengejutkan.
Perjanjian itu akan mengutamakan kepentingan AS, mendahului sebarang komitmen Ukraine terhadap Kesatuan Eropah (EU) atau sekutu lain.
Malah, cadangan itu dikatakan mengikat bantuan AS dengan akses eksklusif kepada sumber mineral Ukraine, sesuatu yang menimbulkan kebimbangan besar di Brussels.
Dengan Eropah diketepikan dan Ukraine semakin terhimpit, satu persoalan besar muncul – Apakah ini noktah bagi kuasa Eropah di pentas dunia dan adakah Ukraine bakal lenyap dari peta sejarah?