Satu laporan yang mengejutkan telah merungkai pelan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk melancarkan perang terhadap Houthi di Yaman.
Rancangan yang sangat ambisius itu tidak sengaja didedahkan oleh pegawai pentadbiran Trump dalam satu kumpulan chat di Signal – dengan seorang wartawan The Atlantic di dalamnya!
Kumpulan chat bernama “Houthi PC small group” itu disertai oleh Penasihat Keselamatan Negara Mike Waltz, Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth, dan bahkan Naib Presiden JD Vance.
Dalam perbincangan hangat, Hegseth didakwa berkongsi butiran sasaran serangan, senjata yang akan digunakan, dan urutan serangan – semuanya dalam chat yang sepatutnya rahsia.
Apabila disoal, Hegseth menafikan bahawa ada sesiapa yang menghantar mesej mengenai pelan perang.
Wartawan The Atlantic, Jeffrey Goldberg, segera membalas dengan menegaskan bahawa kenyataan itu adalah satu pembohongan dan Hegseth sememangnya telah menghantar mesej mengenai pelan perang.
Dah kantoi tapi tidak mahu mengaku!
Dalam masa yang sama parti lawan, Demokrat menganggapnya sebagai krisis keselamatan negara, manakala Trump mendakwa dia “tak tahu apa-apa” mengenai kejadian itu.
Tapi macam mana boleh ada ‘projek besar’ tanpa CEO dalam gelap? Pelik bin Ajaib!