Presiden Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif 25% ke atas kereta import, farmaseutikal dan cip semikonduktor.
Tarif kereta akan berkuat kuasa pada 2 April, sehari selepas kabinetnya membentangkan laporan dasar perdagangan.
Menurut Trump tindakan ini adalah tindak balas kerana pembuat kereta Amerika Syarikat (AS) menghadapi persaingan yang tidak adil, EU mengenakan 10% cukai ke atas kereta Amerika berbanding cukai yang dikenakan AS terhadap kereta EU hanya 2.5%.
Trump mendakwa EU bersetuju menurunkan tarif kereta, walaupun penggubal undang-undang Eropah menafikannya.
Beliau juga merancang 25% atau lebih duti ke atas import ubat dan cip, memberikan masa untuk syarikat mengalihkan pengeluaran ke AS.
Sejak memegang jawatan, Trump telah menaikkan tarif ke atas barangan dari China, Mexico dan Kanada serta menetapkan tarif keluli dan aluminium.
Beliau juga sedang mempertimbangkan tarif timbal balik yang sepadan dengan kadar cukai asing.
Untuk makluman tarif ke atas kereta pernah diperkenalkan pada 2018 namun telah diabaikan.