Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 5.11 mata pada 1,577.58 daripada penutupan Isnin pada 1,582.69.
Indeks dibuka rendah 2.75 mata pada 1,579.94.
Ia dibuka sedikit rendah ekoran aktiviti profit-taking berterusan semasa prestasi pasaran serantau yang lemah.
Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 194 berbanding 125, manakala 200 kaunter pula tidak berubah, 1,729 tidak didagangkan dan 9 digantung.
Jumlah perolehan pada 156.92 juta unit bernilai RM77.75 juta.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata ketegangan krisis Rusia-Ukraine terus memberi kesan kepada pasaran dunia dan tempatan.
FBM KLCI dijangka akan menghadapi sesi bargain-hunting dalam masa terdekat ini selepas sesi penjualan yang ketara pada hari semalam.
Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank susut 3 sen pada RM8.77, Public Bank turun 2 sen pada RM4.35, IHH Healthcare jatuh 4 sen pada RM6.35 sementara Petronas Chemicals dan CIMB Group tambah 3 sen pada RM9.15 dan RM5.60.
Saham aktif memperlihatkan Ta Win Holdings gugur 0.5 sen pada 17.5 sen, Dagang Nexchange (DNex) jatuh 4 sen pada RM1.14 sementara Hibiscus Petroleum tambah 5 sen pada RM1.18 dan AHB naik 0.5 sen pada 24 sen.
Di papan indeks, FBM ACE mundur 28.68 mata pada 6,141.21, FBM Emas Shariah susut 43.42 mata pada 11,948.83, FBM Emas turun 35.48 mata pada 11,286.28, FBM 70 kurang 62.26 mata pada 13,573.53 dan FBMT 100 jatuh 38.77 mata pada 10,956.74.
Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menurun 0.77 mata pada 207.76, indeks Perkhidmatan Kewangan menjunam 30.77 mata pada 16,384.07 dan indeks Perladangan mekar 11.32 mata pada 7,797.14.