Tepati Jangkaan! Emas Canak Tinggi Lagi

1,911

Emas terus didagangkan hijau susulan tindakan Presiden Rusia Vladimir Putin yang kembali mencetuskan risiko dalam pasaran menyebabkan permintaan terhadap safe-haven meningkat semula.

Sebelum ini, harga emas telah berundur dari paras harga $1,900 ekoran daripada laporan yang menyatakan kemungkinan mengenai pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Putin pada awal minggu.

Bagaimanapun, penurunan yang dicatatkan kembali terbatas selepas Rusia mengatakan masih tiada perancangan dibuat untuk pertemuan itu, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa kemungkinan serangan ke atas Ukraine masih ada.

Logam kuning itu kemudiannya melonjak lebih tinggi selepas Putin mengisytiharkan dua wilayah di timur Ukraine (Luhanks dan Donetsk) sebagai entiti bebas pada Isnin dan mengarahkan tentera Rusia untuk melancarkan ‘operasi pengaman’ ke kawasan itu.

Hal ini telah mencetuskan kebimbangan bahawa konflik antara Rusia dan Ukraine bertambah buruk, lebih-lebih lagi selepas Amerika dan Eropah bertindak mengenakan sekatan ke atas Kremlin.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan kukuh pada $1,907 per auns, tidak jauh dari puncak tertinggi 9 bulan selepas menyentuh paras harga $1,1913 pada awal dagangan

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat