Dagangan emas memberi petunjuk baru pada pergerakan harga semalam yang telah memaparkan reaksi pada zon penting $2,000.
Ketika isu pergolakan di Timur Tengah masih mempengaruhi pergerakan emas sebagai aset safe-haven, perubahan arah pergerakan mata wang US dolar turut memacu logam kuning itu semalam.
Pengukuhan semula US dolar telah memberi tekanan kepada emas untuk sedikit susut ketika data diterbitkan pada awal sesi New York semalam.
Beberapa lagi siri data ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan diterbitkan pada sesi New York hari ini sebelum tumpuan utama akan terarah kepada mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.
Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah paparkan kenaikan di sesi New York semalam menguji zon tumpuan 2000.00.
Kenaikan berjaya mencapai sekitar paras 2007.00 sebelum menjunam ketara hingga mencecah zon tumpuan sebelum ini iaitu 1980.00 di penghujung sesi.
Terjunan harga yang telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu menjadi isyarat awal untuk pergerakan bearish, membuatkan pelabur berwaspada menjelang mesyuarat FOMC.
Harga mendatar perlahan di zon 1980.00 pada sesi Asia dan Eropah hari ini (Rabu) dengan jangkaan pergerakan drastik bakal berlaku di sesi berikutnya.
Sekiranya harga emas terus menjunam lebih rendah, tumpuan seterusnya untuk dituju adalah pada zon RBS (resistance become support) 1950.00.
Jika tembus zon tersebut, harga emas bakal pamerkan pergerakan bearish dengan jangkaan kejatuhan harga yang lebih besar buat emas akan terjadi.
Namun, jika harga berjaya melonjak semula, halangan MA50 akan diuji sebelum harga akan cuba untuk melepasi sekali lagi zon 2000.00.
Jik berjaya bolos dengan kukuh, kenaikan lebih tinggi bakal merekodkan paras ketinggian terbaru buat emas sebelum sasaran menuju 2050.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG