“Banyak sebenarnya penganalisis bagi pandangan tentang BTC, tapi korang jangan pening pula.”
Peter Brandt, pedagang dan penganalisis veteran berpandangan harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) bakal melakukan pergerakan volatile terlebih dahulu sebelum mencapai paras tertinggi sepanjang masanya menjelang suku ketiga 2024.
Bagaimanapun, Brandt yang menjadi pedagang proprietari sejak tahun 1975 tetap bersikap berhati-hati susulan beliau berkata bahawa masa depan BTC masih tidak jelas dan pasaran kripto akan sentiasa memberi kejutan.
Setelah bergerak mendatar dalam beberapa bulan, BTC baru-baru ini telah berjaya menyaksikan kenaikan ketara apabila terdapat khabar yang mengatakan spot BTC ETF berkemungkinan diluluskan tidak lama lagi.
Pada 23 Oktober 2023, harga BTC menembusi $35,000 apabila pedagang mencetuskan kekecohan berkenaan iShares BTC ETF BlackRock yang dilaporkan telah disenaraikan di laman web DTCC.
Sungguhpun kelulusan spot BTC ETF sama sekali tidak dijamin, penganalisis Bloomberg ETF terkemuka James Seyffart dan Eric Balchunas menjangkakan terdapat peluang 90% untuk produk itu diluluskan sebelum 10 Januari 2024.
Sementara seorang eksekutif senior dari firma perunding global Ernst & Young bernama Paul Brody pula berpandangan kelulusan spot BTC dapat mendorong banyak lagi institusi besar untuk beli sejumlah besar aset digital tersebut.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.54% pada paras $33,835 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $660 bilion tetapi tetap mencatatkan lonjakan 18.12% sepanjang minggu lepas.