Apa Berlaku Pada Carta EUR/USD Selepas Mesyuarat ECB?

336

Mata wang Euro tidak menunjukkan pergerakan drastik ketika tumpuan terarah kepada keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah semalam.

European Central Bank (ECB) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.50% dan pelabur meneliti beberapa perkara yang digariskan oleh Presiden Christine Lagarde dalam ucapan susulannya selepas mesyuarat.

Lagarde menyatakan ekonomi dijangka kekal lemah sepanjang tahun dan terdapat petunjuk bahawa pasaran buruh semakin merosot.

Euro didagangkan lemah selepas ucapan yang dinilai bernada dovish tersebut walaupun paparkan pengukuhan awal ketika keputusan mesyuarat diumumkan.

US dolar dipengaruhi oleh terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk bacaan awal bagi suku ketiga 2023 yang mencatatkan angka yang lebih tinggi dari ramalan.

Ekonomi berkembang pada kadar 4.9% mengatasi ramalan 4.5%, menunjukkan ketahanan yang positif ketika bank pusat terus mengetatkan dasar monetari.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan pergerakan agak mendatar semalam di antara julat harga 1.05600 hingga 1.05200.

Selepas berlaku turun naik harga dari sesi Eropah, harga kemudiannya telah ditutup di sekitar 1.05600 di penghujung sesi New York dan harga kekal perlahan di sekitar itu menyambung pembukaan sesi Asi pagi ini (Jumaat).

Dapat diperhatikan pergerakan harga menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Sekiranya gagal harga lepasi halangan itu, harga yang melantun turun semula berkemungkinan akan mengatasi paras terendah harian semalam sebelum menuju ke sasaran 1.21000.

Paras support 1.21000 jika berjaya ditembusi akan melihatkan harga melanjutkan penurunan lebih rendah ke zon tumpuan 1.04500.

Sebaliknya jika lonjakan harga yang dipamerkan, paras 1.06000 dilihat akan kembali diuji sebagai paras rintangan terhampir.

Seterusnya, kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan akan menyaksikan pergerakan trend bullish harga yang akan mensasarkan semula ke paras ketinggian 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat