“Itulah sebabnya kenapa banyak negara dah mula berjinak-jinak dengan CBDC, tapi Malaysia macam tak sedia lagi je?”
Semasa berucap di Festival Fintech Singapura semalam, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva yang membentangkan visi beraninya telah berkata mata wang digital bank pusat (CBDC) boleh menggantikan tunai dalam sistem kewangan global.
Selain mengkaji CBDC, Georgieva turut mendedahkan negara pada masa ini sedang berada dalam proses membangunkan peraturan untuk membimbing perkembangan wang digital.
Suka dimaklumkan 60% negara sedang menerokai CBDC untuk meningkatkan rangkuman kewangannya, ulas pengarah IMF itu sambil menambah bahawa CBDC boleh bantu rapatkan jurang kewangan termasuk menggalakkan pertumbuhan lebih inklusif jika direka bentuk dengan baik.
Susulan menekankan kepentingan pembayaran rentas sempadan, IMF dan Bank Dunia bersedia menerbitkan rancangan untuk menyokong negara meningkatkan pembayaran rentas sempadan pada masa hadapan.
Umum mengetahui kemajuan teknologi seperti artificial intelligence (AI) dan blockchain bukan sahaja dapat meningkatkan faedah CBDC malah bantu memajukan rangkuman kewangan dalam menjadikannya lebih mudah serta cepat untuk menjana laporan kredit.
Georgieva turut meluahkan keyakinannya terhadap tokenisasi aset kewangan yang dapat membenarkan CBDC digunakan dalam urus niaga borong.
Sungguhpun IMF sebelum ini bersikap berhati-hati dan ragu-ragu terhadap aset digital, organisasi pada September 2023 mula menggariskan roadmap untuk menangani risiko yang ditimbulkan kripto terhadap kestabilan kewangan.