European Central Bank (ECB) patut memikirkan tentang bagaimana ia mahu kembali kepada polisi monetari yang normal dan juga bilakah ia akan mengurangkan pembelian bon, kata ahli ‘Governing Council’ Sabine Lautenschlaeger dalam laporan yang diterbitkan pada Sabtu.
“Polisi monetari pengembangan mempunyai faedah dan kesan sampingan. Dari masa ke semasa, kesan positif semakin lemah di mana risikonya pula semakin meningkat,” katanya kepada wartawan.
“Jadi, adalah penting untuk bersedia keluar daripada polisi semasa pada masa yang tepat. Apa yang penting adalah tren inflasi bergerak stabil ke paras sasaran 2%. Tetapi kita masih lagi belum hampir ke arah itu.”
Beliau menegaskan pengurangan kepada polisi pengembangan monetari ini akan mejadi proses yang panjang, apabila mengatakan tentang persoalan bilakah ECB akan mengurangkan pembelian bon.
Matawang Euro ketika ini berada dalam tren pengukuhan disebabkan jangkaan positif pasaran terhadap tindakan ECB di masa hadapan. ECB menjangka akan membincangkan tentang perubahan polisi pada musim luruh dan ini akan menjadi sesuatu yang positif terhadap sentimen semasa matawang euro.