Keluaran Industri Jepun Meningkat Pada Jun Sejajar Dengan Jangkaan Pasaran

84

Pengeluaran perindustrian Jepun meningkat pada bulan Jun berdasarkan data awal dari Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI).

METI melaporkan peningkatan 1.6 peratus daripada pengeluaran bulan lepas, menepati peratusan yang di sasarkan oleh penganalisa. Berdasarkan ukuran tahunan, pengeluaran meningkat 4.9 peratus.

Aktiviti pengilangan di lihat tidak konsisten berikutan ekonomi dunia masih dalam proses pemulihan. Pada bulan April lalu, pengeluaran meningkat sehingga 4%, dan peningkatan tersebut adalah yang tertinggi sejak 6 tahun lalu. Kemudian susut sebanyak 3.3% pada bulan Mei, yang mana merupakan penurunan terbesar sejak Mac 2011.

Pengeksport dari Jepun melaporkan permintaan yang meningkat dari Asia, Eropah dan Amerika menjadi penyokong terhadap kekuatan Yen. Yen meningkat pada bulan ini di sebabkan oleh permintaan terhadap dolar US berkurangan.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah meningkatkan ramalan ekonomi kepada ekonomi ketiga terbesar dunia ini. Institusi kewangan dari US menjangkakan kenaikan kepada 1.3% dalam laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara Jepun akan datang, meningkat 0.1% berbanding laporan GDP bulan April yang lalu.

Ekonomi Jepun di lihat telah berkembang lebih dari satu dekad, namun inflasi yang lemah sentiasa meletakkan penggubal polisi kewangan dalam keadaan berjaga-jaga. Melalui laporan pertumbuhan GDP dan mesyuarat polisi baru-baru ini, Bank pusat Jepun (BoJ) menyatakan tempoh masa yang di ambil bagi mencapai sasaran kadar inflasi mungkin akan lebih lama daripada jangkaan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat