Corak pengukuhan US dolar yang dipaparkan pada penghujung minggu lalu gagal dikekalkan selepas US dolar kembali bergerak lemah semula susulan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan bercampur-campur pada Jumaat lalu.
Awal dagangan minggu ini juga menyaksikan penurunan pada hasil perbendaharaan 10-tahun AS yang susut semula di bawah paras 1.60%.
Tumpuan beralih kepada data inflasi AS yang bakal diterbitkan pada minggu ini. Jangkaan untuk kadar inflasi susut ke paras terendah 6 minggu bakal menambahkan tekanan buat US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-eurusd-buat-comeback
Pada carta harga bagi pasangan mata wang utama EUR/USD, harga dilihat menyambung kenaikan lebih tinggi selepas lonjakan harga pada Jumaat lalu yang memberi reaksi terhadap laporan NFP.
Namun, kenaikan harga berkemungkinan terhad berikutan pelabur juga berwaspada terhadap pergerakan mata wang Euro minggu ini menantikan keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Eropah.
Kenaikan harga yang dipaparkan telah melepasi zon RBS (resistance become support) 1.21800-1.21500 mencapai paras ketinggian sekitar 1.22000 pada dagangan semalam.
Harga yang turut bergerak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD memberikan isyarat untuk harga meneruskan semula trend bullish.
Dengan corak yang dipamerkan akan menjangkakan kenaikan harga diteruskan menuju zon resistance pada 1.22500.
Mencapai semula ke paras tersebut menyaksikan zon resistance itu diuji untuk minggu ketiga berturut-turut. 2 minggu sebelum ni, zon tersebut masih gagal untuk harga tembusi.
Kenaikan harga lebih tinggi melepasi zon tersebut dijangka untuk menuju pula ke paras tumpuan pada ketinggian 1.23000.
Untuk situasi penurunan harga pula akan menguji kembali zon RBS 1.21800-1.21500 sebelum penurunan lebih rendah akan menuju ke zon support pada 1.20900-1.20600 mengatasi paras terendah dicecah minggu lalu.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI