Trader USD/CAD Siap-siap! Ini Berita Baik Dari Kanada

614

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau akan melonggarkan sekatan sempadan negara bagi pelancong yang telah diberi vaksin Covid-19 sepenuhnya.

Memetik kepada laporan Bloomberg, kerajaan sedang membuat rancangan untuk melonggarkan tempoh kuarantin selama 14 hari kepada pelancong yang telah menerima dua dos vaksin.

Bagaimanapun, pelancong yang memasuki Kanada masih perlu menjalani ujian virus tersebut dan mungkin dikuarantin untuk jangka masa yang lebih pendek.

Rancangan itu dijangka akan diumumkan dalam beberapa hari lagi, namun, masih tidak jelas bila perubahan tersebut akan dilaksanakan atau adakah Kanada akan membuka sempadannya kepada pelancong bukan AS pada masa yang sama.

Tekanan semakin meningkat buat Kanada dan AS untuk melonggarkan sekatan yang berkuatkuasa sejak Mac tahun lalu, di mana ia telah menyebabkan penurunan lalu lintas darat dan udara yang drastik antara kedua negara. Perjanjian yang mengehadkan perjalanan tidak penting akan diperbaharui pada 21 Jun.

Pihak-pihak berkepentingan dan pegawai kerajaan dua negara mengatakan terdapat rasa mendesak sekarang, memandangkan ini mungkin merupakan peluang terakhir untuk membuka sempadan tepat pada masanya untuk musim panas.

Lanjutan sekatan sempadan untuk sebulan lagi akan memberi impak lebih besar bagi sektor pelancongan yang akan menyekat pergerakan untuk pergerakan untuk cuti kebangsaan 1 Julai di Kanada dan hujung minggu di AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat