THETA & TFUEL Kekal Bertahan Menjelang Pelancaran Mainnet 3.0

428

Prestasi Theta (THETA) sejak kebelakangan ini berbaloi untuk diberi perhatian dengan lonjakan harga token THETA sehingga 50% dan Theta Fuel (TFUEL) sebanyak 71%.

Pergerakan positif itu didorong oleh pelancaran Mainnet 3.0 di rangkaian yang dijadualkan pada 30 Jun ini.

Sejak akhir Mei lagi harga THETA dan TFUEL sudah menunjukkan pergerakan yang positif selepas agensi bakat dan kesukanan, Creative Artists Agency (CAA) menyertai ekosistem tersebut sebagai operator nod pengesah rangkaian.

Tidak cukup dengan itu, pelancaran one-click delegated staking, iaitu ciri terbaharu staking yang tidak kompleks di wallet web Theta pada 5 Jun lalu turut memberi kesan berganda terhadap pergerakan harga THETA dan TFUEL.

Sehingga 6 Jun, lebih daripada 60% token THETA di dalam kitaran telah terkunci bagi tujuan pengesahan rangkaian. Secara tidak langsung, pengurangan bekalan token akan membantu risiko penyusutan harga yang mendadak walaupun berlaku pembetulan besar.

Kemudian pada 7 Jun, kedua-dua token tersebut sekali lagi menerima dorongan positif dengan penambahbaikan protokol kepada versi 2.4.0. Ekoran daripada itu, harga TFUEL melonjak 35% dari paras terendah $0.42 pada 6 Jun kepada paras tinggi intraday terbaharu, $0.565.

Bagaimanapun, pagi ini boleh dikatakan hampir keseluruhan pasaran kripto menyaksikan penyusutan harga.

THETA mencatatkan nilai semasa $8.94, susut lebih 2% dalam 24 jam. Manakala TFUEL bertahan di paras $0.51, melonjak lebih 9% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat